Saturday, 27 August 2011

Dakwat Kekal, Pengundi juga punya HAK untuk TIDAK DICONTENG!

Sekarang wujud perbalahan antara Pakatan Rakyat dan BN tentang kaedah pengenalan diri pengundi, masing-masing menyatakan kaedah mereka lebih tulus dan mintak SPR tunduk dengan desakan mereka. Tetapi mereka lupa pengundi jugak ada HAK untuk menyatakan pendirian kerana pengundian pilihanraya memerlukan kerjasama pengundi itu sendiri.

Sebagai pengundi aku tidak setuju dengan tindakan SPR menconteng dakwat pada mana-mana anggota tubuh aku sama ada dengan dakwat kekal atau tidak kekal, sama ada yang nampak atau tidak nampak kerana ia melibatkan anggota tubuh aku dan aku ada hak melarang mereka berbuat demikian kerana ia melibatkan tubuh aku.

Oleh kerana undi ini adalah HAK aku, aku boleh pilih sama ada tidak pergi mengundi sebagai tanda protes aku tentang penggunaan dakwat yang hendak dicontengkan ke jari aku ini atau mengundi pihak yang membantah penggunaan dakwat kekal itu. Misalnya jika pihak PAS lah yang memaksa SPR menggunakan dakwat kekal ke atas tubuh aku, aku akan protes menyokong pihak lawan PAS walau dulu aku pernah mengundi mereka. Ia sebagai tanda protes aku diatas sikap kurang ajar PAS yang mahu memaksa SPR menconteng dakwat ke tubuh aku tanpa mengambil kira pandangan aku sendiri.

Aku ada HAK untuk melarang sesiapa pun dari menconteng dakwat ke tubuh aku walau dengan apa tujuan sekali pun. Jangan pulak PAS saja ingat yang mereka ada hak nak paksa SPR tunduk dengan  mereka sedangkan pengundi jugak mempunyai hak untuk melarang SPR menconteng dakwat ke tubuh mereka, apa lagi dengan menggunakan dakwat kekal pulak walau pun setitik. 



Komen selanjutnya di 


http://kelabchedet.com/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=4431#63148

Friday, 26 August 2011

Selamat Hari (Pilihan) Raya DS Najib dan TS Muhyiddin

Assalamualaikum. Selamat hari raya aidilfitri kepada semua pembaca. Dan semoga Ramadan yang berlalu mengukir seribu hikmah buat kita. Dan semoga rahmat Allah sentiasa bersama kita di hari mendatang.

Bulan ini Syawal kita bakal dipertemukan dengan Bulan Kemerdekaan. Dan selang beberapa bulan lagi kita dikhabarkan bakal bertemu dengan bulan gantung parlimen pula.

DS Najib telah mengumumkan,bahawa beliau akan turun bertemu rakyat pada setiap hujung minggu sebagai salah satu persiapan jentera BN menghadapi Pilihanraya 13. Adakah ia petanda yang baik?

Janji DS Najib untuk bertemu dengan seluruh ketua umno cawangan setiap bulan belum pun tertunai. Bagaimana pula janji seminggu sekali ini mampu dilaksanakan?

Pertamanya, di Malaysia kita mempunyai parti pembangkang yang tidak membangkang untuk kepentingan negara tetapi sibuk menguruskan demonstrasi jalanan untuk menggulingkan kerajaan. Kemudian setiap agensi kerajaan seperti badan kehakiman, PDRM, SPRM, waima badan bebas seperti Suruhanjaya Pilihan Raya juga kerap diburuk2kan mereka. Apa sahaja perkara akan dipolitikkan. Tidak hairanlah jika Zahid Md Arip menggelarkan Anwar sebagai `binatang politik' kerana apa saja perkara akan dipolitikkan binatang ini.

Keduanya, di Malaysia juga kita mempunyai Penerangan Kerajaan yang suka demam dan bisu bila berhadapan dengan isu. Jentera politik kepada Perdana Menteri juga sibuk memunggah kekayaan dan bertelagah sesama sendiri. Itu belum dikira mereka yang menjadi gunting dalam lipatan dalam kem Perdana Menteri.

Kem PM ini yang mana komandernya adalah Ahmad Maslan sedang cuba memasarkan UMNO ala Pasar Malam di Pontian sedang Perdana Menteri sudah pun mengambil ketetapan untuk turun sendiri bertemu rakyat setiap minggu. Ini bermakna kertas kerja Ahmad Maslan boleh diklasifikasikan sebagai kertas tisu jamban. Tidak ada nilai.

Barisan penyokong setia kerajaan dan UMNO khususnya, melihat di dalam UMNO cuma dua orang sahaja yang bekerja. Presiden dan Timbalannya. Naib-naib Presidennya pula, seorang sibuk dengan amaran, seorang lagi sedang sibuk melagakan Najib dan Muhyiddin supaya abang lamanya Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri, yang dari luar semenanjung itu pula sibuk jaga artis botox.

Jadi apa yang tinggal di dalam UMNO adalah Presiden dan Timbalannya. Maka tak perlu kita hairan jika kita selalu berpeluang untuk terserempak dengan mereka berdua di pasar-pasar hujung minggu hanya untuk menyiapkan kerja2 tertangguh jentera mereka.

Semoga Raya kali ini tidak menjadi Raya terakhir buat mereka di takhta Putrajaya.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, 16 August 2011

Kerajaan pernah iktiraf demonstrasi jalanan

1) Pada tahun 7 Mac 2009, satu kumpulan yang menggelarkan diri mereka Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) telah berhimpun di jalan raya bagi menuntut kerajaan menghapuskan Proses Pelajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). 


2) Dasar PPSMI telah diperkenalkan pada tahun 2003 sebelum Perdana Menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad bersara dari pentadbiran kerajaan.

3) Pelbagai tekanan terutama dari pihak Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) diterima pada waktu itu yang mendakwa dasar tersebut mencabuli artikel 152 Pelembagaan Negara. Malah gerakan ini juga disokong kuat pihak pembangkang yang turut berhimpun pada petang 7 Mac tersebut. Sasterawan Negara, Datuk A.Samad Said tidak terlepas dari senarai mereka yang terlibat dalam menyampaikan ketidakpuasan hati walaupun sudah beberapa kali diberi peluang berunding dengan Menteri Pelajaran pada ketika itu, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.

4) Selepas pelbagai tekanan diterima, pihak kerajaan akhirnya akur dan membuat keputusan untuk memansuhkan PPSMI beberapa bulan selepas itu. Kerajaan menggantikan dasar tersebut dengan satu dasar lain iaitu Memperkasa Bahasa Melayu, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). Dasar ini telah diperkenalkan sebelum PPSMI dimansuhkan. Kerajaan bersetuju dengan pihak-pihak yang membantah PPSMI dan mendapati dasar tersebut tidak relevan bagi memajukan sistem pendidikan kebangsaan.

5) Dari satu sudut yang lain, beberapa kajian menunjukkan dasar PPSMI masih menerima banyak sokongan. Beberapa kajian sikap dan undian rawak di internet menunjukkan dasar tersebut masih popular dan diterima kebanyakan rakyat Malaysia. 



6) Malah terdapat beberapa pihak yang sanggup menubuhkan gerakan-gerakan baru bagi memberi saingan kepada kumpulan GMP. Salah satunya adalah kumpulan Parent Action Group for Education (PAGE) yang mempunyai ribuan pengikut. Malah sehingga kini PAGE masih meneruskan gerakannya yang mahukan dasar tersebut dikembalikan kepada asal. pagemalaysia.org

7) Walaubagaimanapun, kumpulan pro-PPSMI seperti PAGE ini lebih rasional dalam menyampaikan tuntutan mereka. Turun berarak di jalanan dan berdemonstrasi bukanlah cara yang dapat diterima kumpulan ini. Mereka lebih cenderung menggunakan saluran diplomasi melalui diskusi serta forum-forum akademik bagi menerangkan rasional pengekalan dasar tersebut selain cadangan-cadangan penambah-baikan.

8) Bagi mereka, budaya tersebut tidak membawa manfaat dan pada hemat mereka kerajaan juga tidak akan melayan tuntutan pendemonstrasi jalanan. Malangnya telahan mereka meleset. Kerajaan akhirnya disifatkan tunduk kepada kumpulan demonstrasi jalanan yang mereka sendiri sifatkan sebagai ‘bukan budaya kita’. Walaupun gagal dalam tuntutan mempertahankan PPSMI, PAGE masih terus berusaha melalui jalan lain termasuklah memohon semakan Mahkamah selain mengharapkan perkenan Istana untuk campur tangan.

9) Perbezaan perwatakan yang ketara ditunjukkan PAGE dan pihak yang membantah pemansuhan PPSMI. Mereka akur kepada undang-undang Negara yang digubal sendiri badan legislatif Negara ini malah terus memperjuangkan agenda mereka melalui saluran yang sama walaupun tidak dilayan pihak kerajaan. PAGE yakin mereka mempunyai ‘silent majority’ untuk menghukum kerajaan melalui peti undi kerana mempolitikkan pendidikan anak-anak mereka.

10) Bagi mereka, turun berdemo dan di jalanan hanya akan menjadikan diri mereka sama seperti pihak GMP dan ia bukanlah tindakan yang akan dihormati.

11) Ironinya, kerajaan sendiri telah memberikan isyarat bahawa demonstarasi jalanan mendapat pengiktirafan besar pihak mereka. Lantaran itu, rasionalisasi tindakan kerajaan membenarkan pemansuhan dasar PPSMI perlu diperjelaskan.

12) Kesimpulannya, kerajaan perlu menjelaskan kepada rakyat, apakah tindakan memansuhkan PPSMI pada ketika itu adalah kerana tunduk akan desakan pendemonstrasi jalanan sedangkan masih ramai rakyat Malaysia yang menyokong dasar tersebut dikekalkan. 



13) Rakyat mahukan kepastian sama ada cara demonstrasi jalanan mampu mengubah pendirian kerajaan berbanding cara perbincangan dan diplomasi. Jika benar, maka ia telah pun menjadi precedent (ikutan) yang tidak baik untuk sebuah Negara demokrasi. Selepas ini apa jua permasalahan akan disuarakan di atas jalan raya kerana terbukti, kerajaan peduli akan suara pendemonstrasi jalanan!

TEST

TEST

Demi Masa

1) Demi Masa,
2) Sesungguhnya SEMUA manusia itu di dalam kerugian,
3) KECUALI mereka yang berIMAN, dan beramal soleh
4) Dan berpesan2 pada kebaikan, dan berpesan2 pada kesabaran



Wallahua'lam.


Salam perkenalan di dunia bloggers