Sekarang wujud perbalahan antara Pakatan Rakyat dan BN tentang kaedah pengenalan diri pengundi, masing-masing menyatakan kaedah mereka lebih tulus dan mintak SPR tunduk dengan desakan mereka. Tetapi mereka lupa pengundi jugak ada HAK untuk menyatakan pendirian kerana pengundian pilihanraya memerlukan kerjasama pengundi itu sendiri.
Sebagai pengundi aku tidak setuju dengan tindakan SPR menconteng dakwat pada mana-mana anggota tubuh aku sama ada dengan dakwat kekal atau tidak kekal, sama ada yang nampak atau tidak nampak kerana ia melibatkan anggota tubuh aku dan aku ada hak melarang mereka berbuat demikian kerana ia melibatkan tubuh aku.
Oleh kerana undi ini adalah HAK aku, aku boleh pilih sama ada tidak pergi mengundi sebagai tanda protes aku tentang penggunaan dakwat yang hendak dicontengkan ke jari aku ini atau mengundi pihak yang membantah penggunaan dakwat kekal itu. Misalnya jika pihak PAS lah yang memaksa SPR menggunakan dakwat kekal ke atas tubuh aku, aku akan protes menyokong pihak lawan PAS walau dulu aku pernah mengundi mereka. Ia sebagai tanda protes aku diatas sikap kurang ajar PAS yang mahu memaksa SPR menconteng dakwat ke tubuh aku tanpa mengambil kira pandangan aku sendiri.
Aku ada HAK untuk melarang sesiapa pun dari menconteng dakwat ke tubuh aku walau dengan apa tujuan sekali pun. Jangan pulak PAS saja ingat yang mereka ada hak nak paksa SPR tunduk dengan mereka sedangkan pengundi jugak mempunyai hak untuk melarang SPR menconteng dakwat ke tubuh mereka, apa lagi dengan menggunakan dakwat kekal pulak walau pun setitik.
Komen selanjutnya di
http://kelabchedet.com/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=4431#63148
No comments:
Post a Comment