Bulan ini Syawal kita bakal dipertemukan dengan Bulan Kemerdekaan. Dan selang beberapa bulan lagi kita dikhabarkan bakal bertemu dengan bulan gantung parlimen pula.
DS Najib telah mengumumkan,bahawa beliau akan turun bertemu rakyat pada setiap hujung minggu sebagai salah satu persiapan jentera BN menghadapi Pilihanraya 13. Adakah ia petanda yang baik?
Janji DS Najib untuk bertemu dengan seluruh ketua umno cawangan setiap bulan belum pun tertunai. Bagaimana pula janji seminggu sekali ini mampu dilaksanakan?
Pertamanya, di Malaysia kita mempunyai parti pembangkang yang tidak membangkang untuk kepentingan negara tetapi sibuk menguruskan demonstrasi jalanan untuk menggulingkan kerajaan. Kemudian setiap agensi kerajaan seperti badan kehakiman, PDRM, SPRM, waima badan bebas seperti Suruhanjaya Pilihan Raya juga kerap diburuk2kan mereka. Apa sahaja perkara akan dipolitikkan. Tidak hairanlah jika Zahid Md Arip menggelarkan Anwar sebagai `binatang politik' kerana apa saja perkara akan dipolitikkan binatang ini.
Keduanya, di Malaysia juga kita mempunyai Penerangan Kerajaan yang suka demam dan bisu bila berhadapan dengan isu. Jentera politik kepada Perdana Menteri juga sibuk memunggah kekayaan dan bertelagah sesama sendiri. Itu belum dikira mereka yang menjadi gunting dalam lipatan dalam kem Perdana Menteri.
Kem PM ini yang mana komandernya adalah Ahmad Maslan sedang cuba memasarkan UMNO ala Pasar Malam di Pontian sedang Perdana Menteri sudah pun mengambil ketetapan untuk turun sendiri bertemu rakyat setiap minggu. Ini bermakna kertas kerja Ahmad Maslan boleh diklasifikasikan sebagai kertas tisu jamban. Tidak ada nilai.
Barisan penyokong setia kerajaan dan UMNO khususnya, melihat di dalam UMNO cuma dua orang sahaja yang bekerja. Presiden dan Timbalannya. Naib-naib Presidennya pula, seorang sibuk dengan amaran, seorang lagi sedang sibuk melagakan Najib dan Muhyiddin supaya abang lamanya Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri, yang dari luar semenanjung itu pula sibuk jaga artis botox.
Jadi apa yang tinggal di dalam UMNO adalah Presiden dan Timbalannya. Maka tak perlu kita hairan jika kita selalu berpeluang untuk terserempak dengan mereka berdua di pasar-pasar hujung minggu hanya untuk menyiapkan kerja2 tertangguh jentera mereka.
Semoga Raya kali ini tidak menjadi Raya terakhir buat mereka di takhta Putrajaya.
Published with Blogger-droid v1.7.4
No comments:
Post a Comment