Thursday, 20 October 2011

Boleh ke Nik Ajis Tulis Autobiografi? Apa Pulak tajuk Nya?

Oleh The Chulan
Dipetik dari forum: http://kelabchedet.com/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=4526#64707


Tun M tulis Autobiografi Doctor in the House.
This is story of Malaysia , this is also my story kata nya.

Kalau Nik ajis kena tulis buku bila dia pencen nanti ( mau ke dia pencen?) apa gak nya tajuk dan kandungan?

Nak cerita jasa mmg semua tau tak ada.

Sepanjang hayat Nik ajis kerja nya lawan UMNO saje.

Setebal tebal quran nik ajis cuma jumpa ayat hudud saje ayat perintah allah yg lain (macro) dia tak berapa minat .dia hanya minat yang (micro saje0 ibadah Individu)

Itu sbb dia benci sesama islam mcm UMNO sbb tak jumpa ayat yang orang Islam tu bersaudara.
Di satu ketika org PAS kata UMNo tak Islam, di waktu lain org PAS suruh UMNO laksnaa hudud ( dah kata kapir suruh kapir laksana hudud pulak)
Pelik tapi benar.

beberapa hari lepas Org pas duk banga siar gambar nik ajis ambil wuduk di tebing sungai,.org umno ketawa kan dan perli ia nya sbb dia sendiri tak mau buat paip air yg elok.
malah ada pergi jauh lagi dgn kata "macam dia sorang saje tau ambik air wuduk di kelantan tu" - back fire .

Begitu lama nik ajis jadi pemerintah lebih lama dari Tun M dan hampir lama dgn non umno ia itu Taib Mahmud tak kan tak boleh senarai kan kisah hasil kerja nya


Ketika Sheikh Muhyiddin Abd Qadir tidak dapat berbahasa arab (kerana dia berbahasa Parsi) untuk menyebar kan agama lalu dia bermimpi Rasullulah meludah sebanyak 11 kali ke dalam mulut nya, kemudian dia bermimpi Saidina Ali meludah 9 kali ke dalam mulut nya , lalu dia bertanya kenapa kpd Saidina Ali "KenapaTuan tidak meludah 11 kali? lalu Saidina Ali menjawap Saya tidak akan mendahului dan melebihi Rasullulah"

Tu sebab Tun M bersara sebelum 23 tahun.

Nik ajis solat selalu jadi Imam tapi tak ambik roh solat , ketika nak solat Imam seru rapat kan saf dan lurus kan saf.
sebab nik ajis penyebab pecah nya saf sesama umat Islam di negara ini..

Saya baru abis bace buku Tun, scattered dan sambung sambung sebab sebuk. lepas bace saya terpikir kalau Nik ajis pencen ( walau pun rase nya dia akan mati berdiri sebagai MB) tapi mahu tahu jugak jika dia tulis buku jadi Mb makan gaji free 20 tahun lebih , apa kah contents buku nya?

Dlm buku Tun dia bercerita macam mana dia buat political manoeuvre dan escapsism politik nya.

Selain bercerita ttg detail tindakan nya terhadap satu satu isu dan kepelbagaian hasil kerja nya bersama lojik lojik sampingan kenapa sesuatu projek harus di terus kan dan sebagai nya , apa pulak lojik nik ajis bakal tulis dlm buku nya?

Apa jasa dan hasil kerja Nik ajis nak tulis dlm buku nya. Sape boleh komen dan kasi tahu , apa gak nya Tajuk Buku Nik Ajis dan apa contents nya?

Sunday, 16 October 2011

Hudud di Kelantan - Sandiwara terbaru PAS


Oleh Sdr Nordin :
Dipetik: http://kelabchedet.com/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=4522#64579


Selepas termalu muka kerana menyokong DAP dan PKR yang mahu mengwujudkan “Negara Kebajikan” seperti yang digariskan dalam “Buku Jingga” ciptaan Pakatan Rakyat itu, PAS nampaknya terpaksa memainkan semula sandiwara lama mereka iaitu mahu melaksanakan Hukum Hudud di Negeri Kelantan pula.

PAS sedar mereka telah mengaibkan diri mereka sendiri apabila mereka berubah sikap iaitu daripada mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah “Negara Islam ” berlandaskan Al Quran kepada menjadikan Malaysia sebuah “Negara Kebajikan” berlandaskan “Buku Jingga” pula. PAS selama ni sanggup menuduh UMNO sebagai kafir kerana UMNO dikatakan tidak memperjuangkan “Negara Islam” seperti mana mereka.

Namun perubahan sikap PAS daripada menguar-uarkan perjuangan “PAS untuk Islam” kepada “PAS For All” atau “PAS Untuk Semua” nampaknya telah mengikiskan sokongan orang Melayu terhadap PAS itu sendiri. Sikap PAS ini umpama “mendengar guruh di langgit air di tempayan pula yang dicurahkan”, mendengar sokongan kaum Cina DAP semakin bertambah, sokongan Melayu pula yang PAS abaikan.



Jadi untuk meyakinkan orang Melayu supaya kembali menyokong PAS, PAS terpaksa memainkan sandiwara lama mereka kononnya PAS mahu mengwujudkan Hudud di Kelantan sekarang iaitu selari dengan perjuangan PAS selama ini. Apakah motif PAS yang sebenarnya, bukankah Kelantan sudah pun mempunyai enekmen yang merakumi hukum hudud tetapi kenapa PAS tidak melaksanakan hukum tersebut walau mereka menguasai negeri tersebut sejak 20 tahun lalu???

Alasan PAS tidak mahu melaksanakan Hukum Hudud di Kelantan ialah kerana adanya halangan dari UMNO yang menguasai Kerajaan Pusat. Jadi PAS mahu rakyat menolak UMNO daripada menguasai Kerajaan Pusat supaya mereka dapat melaksanakan Hukum Hudud di mana-mana saja yang mereka suka.

PAS ingat rakyat terlalu bodoh mempercayai dakwaan mereka selama ini?? Rakyat semankin faham, yang menghalang PAS daripada melaksanakan Hukum Hudud sebenarnya bukannya UMNO tetapi adalah Perlembagaan Persekutuan itu sendiri. UMNO sendiri pun tidak dapat melaksanakan Hukum Hudud walau pun menguasai 2/3 Dewan Rakyat kerana 1/3 daripada sokongan 2/3 itu terdiri daripada mereka yang menentang Hukum Hudud. Bagaimana UMNO dapat melaksanakan Hukum Hudud sedangkan regu UMNO sendiri tidak menyokong UMNO melaksanakan Hukum Hudud??

Begitu juga dengan PAS, kekuatan PAS sekarang jauh lebih lemah berbanding UMNO malah kekuatan PAS hanya bergantung kepada sokongan dari kaum Cina dari parti DAP yang ternyata tidak mahu menerima Hukum Hudud dalam perjuangan Pakatan Pembangkang sekarang. Jadi bagaimana mungkin PAS dapat melaksanakan Hukum Hudud sedangkan kedudukan PAS sendiri lebih kecil berbanding kedudukan DAP dan PKR jika kedua-dua mereka digandingkan??

PAS tahu semua ini tidak mungkin akan terjadi tetapi PAS masih mahu memainkan sandiwara lama mereka hanya bertujuan untuk mengembalikan sokongan orang Melayu kepada mereka yang nampaknya semankin terhakis itu. Tujuan PAS itu hanya menggambarkan yang kononnya PAS masih memperjuangkan Islam, sebab itu PAS mahu mangadakan Hukum Hudud di Kelantan sekarang.

Mungkin mereka yang berfikran cetik saja yang masih mempercayai sandiwara PAS ini tetapi mereka yang berfikiran waras sudah tentu dapat membaca tipu helah PAS sekarang. PAS memang boleh menipu rakyat khususnya orang Melayu untuk sekali sekala tetapi bukan untuk selama-lamanya. Orang Melayu sekarang sudah semankin cerdik untuk membaca tipu muslihat PAS yang menggunakan isu-isu agama untuk memancing undi orang Melayu

Thursday, 13 October 2011

PPSMI: Referendum atau kertas undi?

Isu PPSMI tidak menemui penghujungnya walaupun kerajaan telah memutuskan ianya bakal dimansuhkan pada tahun hadapan. PAGE dan JMM memohon supaya kerajaan mengkaji pemansuhan ini atau setidak2nya beri kebenaran kepada Sekolah-sekolah yang mahu melaksanakan PPSMI. Mereka juga menuntut supaya diadakan referendum dikalangan Rakyat Malaysia atau setidak2nya di kalangan Ibu Bapa sahaja. Malangnya PIBG di Sekolah2 diberi amaran melalui Pengetua dan Guru Besar. 


Mengapa terlalu takut untuk mengadakan referendum? Jika tidak dengan pungutan suara rakyat, cara bagaimana yang kerajaan akan iktiraf? Demostrasi jalanan? Demokrasi di Malaysia masih di tahap Perdana Menteri Dolah Badawi. "Kalau anak jantan, jangan tunjuk hero di jalanan, tapi masuk gelanggang PRU. Kita berhadapan di dalam kertas undi."- Paklah dalam PAU 2007. Kemudian tertonggeng. Harap tidak terjadi dalam isu PPSMI hanya kerana kerajaan yang gemar mempolitikkan pendidikan anak Malaysia.


Kepada penakut bahasa (bukan Pejuang Bahasa), janganlah terlampau takut dengan bayang-banyang sendiri. Berani kerana benar. Ramai di kalangan ibu bapa yang masih mahukan dasar ini diteruskan. Di Pasir Mas, Dato' Ibrahim Ali juga akui ramai ibu bapa di kampung yang mahu ianya diteruskan walaupun mereka akui kesukaran dalam proses pembelajaran. Namun, proses pembelajaran mana yang tidak sukar? PPSMI baru bertatih dan hasil kajian mendapati ada peningkatan dalam keputusan peperiksaan. Lebih penting lagi ia sangat significant kepada pembentukan masyarakat berilmu dan berteknologi pada masa hadapan. Seiring dengan  semangat wawasan 2020. Mengapa ambil langkah berundur ke belakang?


Menjelang Pilihan Raya Umum13 yang bakal diadakan dalam waktu terdekat, memang diakui langkah referendum ini bakal mendatangkan imej tidak baik kepada kerajaan. Kerana rakyat bakal diperlihatkan dengan ketidaktegasan kerajaan dalam peranan memperkenal dan mempertahankan dasarnya. Apatah lagi isu ini sudah reda kerana tiada siri demostrasi jalanan bagi membantah pemansuhan PPSMI sepanjang 3 tahun lalu. Maka kesimpulan mudahnya, semua rakyat telah bersetuju dengan langkah pemansuhan ini. Benarkah?


Harus diingat, ramai dikalangan ibu bapa yang masih menyokong dasar ini dan tidak berpuas hati dengan pendirian ikut suka kerajaan, bila kami nak mansuh siapa kami nak dengar yang menidakkan hak mereka. Sama ada ketidakpuasan hati itu bakal diterjemah pada kertas undi seperti zaman Abdullah Badawi, sama-sama kita nantikan. 


Referendum : kerajaan BN hanya kalah satu isu.
Kertas Undi PRU: tiada siapa tahu.