Sunday, 16 October 2011

Hudud di Kelantan - Sandiwara terbaru PAS


Oleh Sdr Nordin :
Dipetik: http://kelabchedet.com/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=4522#64579


Selepas termalu muka kerana menyokong DAP dan PKR yang mahu mengwujudkan “Negara Kebajikan” seperti yang digariskan dalam “Buku Jingga” ciptaan Pakatan Rakyat itu, PAS nampaknya terpaksa memainkan semula sandiwara lama mereka iaitu mahu melaksanakan Hukum Hudud di Negeri Kelantan pula.

PAS sedar mereka telah mengaibkan diri mereka sendiri apabila mereka berubah sikap iaitu daripada mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah “Negara Islam ” berlandaskan Al Quran kepada menjadikan Malaysia sebuah “Negara Kebajikan” berlandaskan “Buku Jingga” pula. PAS selama ni sanggup menuduh UMNO sebagai kafir kerana UMNO dikatakan tidak memperjuangkan “Negara Islam” seperti mana mereka.

Namun perubahan sikap PAS daripada menguar-uarkan perjuangan “PAS untuk Islam” kepada “PAS For All” atau “PAS Untuk Semua” nampaknya telah mengikiskan sokongan orang Melayu terhadap PAS itu sendiri. Sikap PAS ini umpama “mendengar guruh di langgit air di tempayan pula yang dicurahkan”, mendengar sokongan kaum Cina DAP semakin bertambah, sokongan Melayu pula yang PAS abaikan.



Jadi untuk meyakinkan orang Melayu supaya kembali menyokong PAS, PAS terpaksa memainkan sandiwara lama mereka kononnya PAS mahu mengwujudkan Hudud di Kelantan sekarang iaitu selari dengan perjuangan PAS selama ini. Apakah motif PAS yang sebenarnya, bukankah Kelantan sudah pun mempunyai enekmen yang merakumi hukum hudud tetapi kenapa PAS tidak melaksanakan hukum tersebut walau mereka menguasai negeri tersebut sejak 20 tahun lalu???

Alasan PAS tidak mahu melaksanakan Hukum Hudud di Kelantan ialah kerana adanya halangan dari UMNO yang menguasai Kerajaan Pusat. Jadi PAS mahu rakyat menolak UMNO daripada menguasai Kerajaan Pusat supaya mereka dapat melaksanakan Hukum Hudud di mana-mana saja yang mereka suka.

PAS ingat rakyat terlalu bodoh mempercayai dakwaan mereka selama ini?? Rakyat semankin faham, yang menghalang PAS daripada melaksanakan Hukum Hudud sebenarnya bukannya UMNO tetapi adalah Perlembagaan Persekutuan itu sendiri. UMNO sendiri pun tidak dapat melaksanakan Hukum Hudud walau pun menguasai 2/3 Dewan Rakyat kerana 1/3 daripada sokongan 2/3 itu terdiri daripada mereka yang menentang Hukum Hudud. Bagaimana UMNO dapat melaksanakan Hukum Hudud sedangkan regu UMNO sendiri tidak menyokong UMNO melaksanakan Hukum Hudud??

Begitu juga dengan PAS, kekuatan PAS sekarang jauh lebih lemah berbanding UMNO malah kekuatan PAS hanya bergantung kepada sokongan dari kaum Cina dari parti DAP yang ternyata tidak mahu menerima Hukum Hudud dalam perjuangan Pakatan Pembangkang sekarang. Jadi bagaimana mungkin PAS dapat melaksanakan Hukum Hudud sedangkan kedudukan PAS sendiri lebih kecil berbanding kedudukan DAP dan PKR jika kedua-dua mereka digandingkan??

PAS tahu semua ini tidak mungkin akan terjadi tetapi PAS masih mahu memainkan sandiwara lama mereka hanya bertujuan untuk mengembalikan sokongan orang Melayu kepada mereka yang nampaknya semankin terhakis itu. Tujuan PAS itu hanya menggambarkan yang kononnya PAS masih memperjuangkan Islam, sebab itu PAS mahu mangadakan Hukum Hudud di Kelantan sekarang.

Mungkin mereka yang berfikran cetik saja yang masih mempercayai sandiwara PAS ini tetapi mereka yang berfikiran waras sudah tentu dapat membaca tipu helah PAS sekarang. PAS memang boleh menipu rakyat khususnya orang Melayu untuk sekali sekala tetapi bukan untuk selama-lamanya. Orang Melayu sekarang sudah semankin cerdik untuk membaca tipu muslihat PAS yang menggunakan isu-isu agama untuk memancing undi orang Melayu

No comments:

Post a Comment