Thursday, 13 October 2011

PPSMI: Referendum atau kertas undi?

Isu PPSMI tidak menemui penghujungnya walaupun kerajaan telah memutuskan ianya bakal dimansuhkan pada tahun hadapan. PAGE dan JMM memohon supaya kerajaan mengkaji pemansuhan ini atau setidak2nya beri kebenaran kepada Sekolah-sekolah yang mahu melaksanakan PPSMI. Mereka juga menuntut supaya diadakan referendum dikalangan Rakyat Malaysia atau setidak2nya di kalangan Ibu Bapa sahaja. Malangnya PIBG di Sekolah2 diberi amaran melalui Pengetua dan Guru Besar. 


Mengapa terlalu takut untuk mengadakan referendum? Jika tidak dengan pungutan suara rakyat, cara bagaimana yang kerajaan akan iktiraf? Demostrasi jalanan? Demokrasi di Malaysia masih di tahap Perdana Menteri Dolah Badawi. "Kalau anak jantan, jangan tunjuk hero di jalanan, tapi masuk gelanggang PRU. Kita berhadapan di dalam kertas undi."- Paklah dalam PAU 2007. Kemudian tertonggeng. Harap tidak terjadi dalam isu PPSMI hanya kerana kerajaan yang gemar mempolitikkan pendidikan anak Malaysia.


Kepada penakut bahasa (bukan Pejuang Bahasa), janganlah terlampau takut dengan bayang-banyang sendiri. Berani kerana benar. Ramai di kalangan ibu bapa yang masih mahukan dasar ini diteruskan. Di Pasir Mas, Dato' Ibrahim Ali juga akui ramai ibu bapa di kampung yang mahu ianya diteruskan walaupun mereka akui kesukaran dalam proses pembelajaran. Namun, proses pembelajaran mana yang tidak sukar? PPSMI baru bertatih dan hasil kajian mendapati ada peningkatan dalam keputusan peperiksaan. Lebih penting lagi ia sangat significant kepada pembentukan masyarakat berilmu dan berteknologi pada masa hadapan. Seiring dengan  semangat wawasan 2020. Mengapa ambil langkah berundur ke belakang?


Menjelang Pilihan Raya Umum13 yang bakal diadakan dalam waktu terdekat, memang diakui langkah referendum ini bakal mendatangkan imej tidak baik kepada kerajaan. Kerana rakyat bakal diperlihatkan dengan ketidaktegasan kerajaan dalam peranan memperkenal dan mempertahankan dasarnya. Apatah lagi isu ini sudah reda kerana tiada siri demostrasi jalanan bagi membantah pemansuhan PPSMI sepanjang 3 tahun lalu. Maka kesimpulan mudahnya, semua rakyat telah bersetuju dengan langkah pemansuhan ini. Benarkah?


Harus diingat, ramai dikalangan ibu bapa yang masih menyokong dasar ini dan tidak berpuas hati dengan pendirian ikut suka kerajaan, bila kami nak mansuh siapa kami nak dengar yang menidakkan hak mereka. Sama ada ketidakpuasan hati itu bakal diterjemah pada kertas undi seperti zaman Abdullah Badawi, sama-sama kita nantikan. 


Referendum : kerajaan BN hanya kalah satu isu.
Kertas Undi PRU: tiada siapa tahu.

No comments:

Post a Comment