Thursday, 26 January 2012

Mengulas Entri Tun Dr. Mahathir ttg Polisi Perkauman

Mansuh polisi perkauman boleh timbul huru-hara - Dr M

Di dalam tulisan terbarunya, Tun Dr Mahathir sekali lagi mengulangi peringatan beliau tentang dasar-dasar yang berteraskan perkauman masih perlu dikekalkan walau pun pentadbiran sekarang cuba mentransfomasi dasar-dasar kerajaan untuk dilihat lebih relevan dengan keadaan sekarang. 

Hari ini bila sebut saja dasar perkuaman yang diamalkan oleh kerajaan, dengan bingkas mereka akan mengaitkan dasar pro-Melayu dalam bidang ekonomi sebagai punca permasaalahan dalam hubugan kaum di negara ini. Namun tidak seorang pun pemimpin dari kalangan kaum-kaum berkenaan mahu mempersoalkan dasar pro-bahasa asal-usul kaum pendatang dalam bidang pendidikan sebagai penyebab kegagalan kerajaan menyatukan rakyat melalui dasar satu bahasa seperti yang diamalkan di kebanyakan negara-negara lain. 

Kenapa perkara ini boleh terjadi walau pun pentadbiran hari ini begitu teruja berkempen mahu menyatupadukan rakyat melalui gagasan 1Malaysia ini tetapi mengambil sikap membisu seribu bahasa tentang kegagalan mereka mengenegahkan "dasar satu sekolah, satu bahasa, untuk bangsa 1Malaysia" jika benarlah kerajaan ingin melihat gagasan 1Malaysia benar-benar berjaya??? 

Disamping itu usaha mendaulatkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi tunggal negara ini juga akan jadi lebih bermakna jika yang menyokong gagasan 1Malaysia itu turut menyokong dasar 1bahasa, 1bangsa Malaysia bagi menampakkan keikhlasan mereka mahu berkongsi identiti dengan orang Melayu sebagai rakyat Malaysia yang sejati, jangan hanya pandai berkongsi kekayaan negara saja yang mereka mahu tetapi kongsi bahasa negara sendiri mereka tidak mahu ???. 

Mereka perlu ingat sekolah vernikular yang dulunya tidak pernah termasuk dalam peruntukkan rasmi kerajaaan, kini sudah mula mendapat peruntukkan rasmi bagi memperkasakan sekolah-sekolah yang membelakangkan bahasa rasmi negara sendiri ini. Nampaknya mereka lebih berbangga melihat anak-anak mereka fasih dalam bahasa kebangsaan dari negara lain berbanding fasih bertutur dalam bahasa rasmi negara sendiri semata-mata kerana tok nenek mereka berasal dari negara-negara berkenaan. 

Seperti kata Najib, keadaan ini (iaitu perbezaan identiti disebabkan bahasa) tidak akan berubah kerana apa yang sudah diperuntukan kepada setiap kaum akan terus menjadi hak keistimewaan mereka dan ianya tidak boleh diungkit lagi kerana ianya sudah terkunci rapi. Namun dalam masa yang sama, kenapa Najib melayan desakan mereka yang tidak puas hati dengan bantuan yang diberikan kepada orang Melayu dalam bidang ekonomi malah Najib merancang pulak untuk menghapuskan subsidi dan kuota-kuota Bumiputera di bawah pembaharuan ekonomi. Tidakkah mereka sedar jika orang Melayu berduit, towkei kedai kaum mereka jugak yang untung kerana sikap orang Melayu yang suka berbelaja itu?? 

Dakwa pemimpin-pemimpin mereka lagi, kaum mereka enggan sokong kerajaan BN kononnya kerana cemburu dengan bantuan yang diperolehi oleh orang Melayu tetapi dalam masa yang sama, tidak sseorang pun dari mereka mahu berterima kasih kepada kerajaan yang sentiasa menghormati hak keistimewaan kaum mereka dalam mendapat pendidikan vernikular sehingga kerajaan sendiri gagal menyatukan rakyat melalui dasar satu bahasa. 

Tak payahlah pergi jauh, lihat saja apa yang terjadi kepada kaum mereka di Indonesia, negara tentangga yang paling dekat dengan kita. Bukan saja kaum mereka dipaksa menghilangkan identiti asal-usul bangsa mereka, malah kekayaan yang kaum mereka kecapi itu pun diancam bila kaum pribumi disana cemburu melihat kekayaan yang diperolehi kaum mereka yang sememangnya menguasai ekonomi Indonesia itu. 

Tetapi disini, orang Melayu tidaklah sebusuk hati seperti itu atau dengki apa yang kaum mereka dapat disini walau pun nama orang-orang Melayu amat kurang sekali tersenarai dalam nama-nama jutawan-jutawan yang terkaya di Malaysia. Itu pun kaum mereka masih dengki melihat bantuan yang tidak sebeberapa yang dihulurkan kepada orang Melayu di negara ini, negara yang menjadi tempat tumpah darahnya sendiri. 

Jadi aku bersetuju sekali dengan pandangan Tun ini walau pun ramai akan memandang senis dengan pandangan Tun yang mereka lihat sebagai berbau rasis itu. Aku berterima kasih kepada Tun kerana kenyataannya itu. 

No comments:

Post a Comment