Thursday, 9 February 2012

PRU: Mahathir nasihat Najib


Acap kali orang politik dikhabarkan tentang hubungan baik antara Mahathir-Najib. Pembangkang juga pernah goyah bila Mahathir disebut-sebut sebagai orang yang menjadi mastermind kepada gerakan politik Najib sehingga hari ini. Namun apabila Tun Mahathir meminta PRU 13 ditangguhkan kerana sokongan masyarakat Cina tidak akan memihak kepada BN, tiba-tiba semua jadi bisu. 

Apakah yang sebenarnya ada dalam buah fikiran Tun Mahathir sedangkan persediaan jentera Najib dari Perlis sampailah ke Sabah nampak sudah bersedia untuk bertempur pada bila-bila masa?  Jenis maklumat apa yang Najib terima yang kononnya sokongan rakyat benar-benar sudah kembali kepada BN? Maklumat mana yang Najib akan dengar? Penasihatnya atau negarawan Malaysia?

Apa pula jaminan kepada sokongan Cina sekiranya hasrat PRU Najib ditangguh ke penghujung penggal? Nampaknya Najib banyak tabur peluru kosong. 

Ask those Chinese, if i give you this what will i gain?

Kemudian bandingkan dengan Melayu atas pagar (bukan ahli UMNO). Tentu mereka lebih menghargai. 

No comments:

Post a Comment