Kali ini, Ketua Pemuda Umno Malaysia yang baru - Dr Asyraf Wajdi Dasuki - ikon yang terkenal dengan kewarakan dan ketertibannya dalam agama, memerli Syed Saddiq lantaran tular gambar menteri KBS itu bermain golf di dalam pejabatnya.Kata Asyraf:
"Busy training YB (Yang Berhormat) Syed Saddiq? When is the date of our dialogue on Malay supremacy?"
Namun benarkah begitu? Syed Saddiq sedang berlatih main golf?
Asyraf mungkin terlepas pandang, bahawa di dalam gambar yang dia troll itu terdapat kamera video yang dipacak ke arah Syed Saddiq.
Membalas jawapan melalui insta-story, ini jawapan Syed Saddiq kepada ketua pemuda parti pembangkang itu.
"Ini troll tak bertempat. Video-shoot untuk pertandingan golf pun dipolitikkan.
Saya tiada masa nak ke padang golf , maka meluangkan 5minit di pejabat.
Saya bukan seperti mereka yang menggunakan puluhan juta duit YAPEIM (Anak yatim) untuk beli golf simulator dulu." kata Syed Saddiq, merujuk kepada insiden penyelewengan wang Yapeim dalam pembelian golf simulator pada 2015 dahulu. rujuk berita asal
Mengenali Syed Saddiq, orang muda ini sukar untuk buka mulut untuk memerli kerajaan lama, apatah lagi untuk membongkar perilaku dan penyelewengan kerajaan dahulu, walaupun KBS adalah antara kementerian paling korup pra PRU14.
"Syed Saddiq tak mahu budaya balas dendam, cari silap kerajaan lepas"
"Saya tidak mahu diwarnakan atau dicorakkan sebagai budaya balas dendam, di mana untuk menyerlahkan diri saya, saya menjatuhkan atau memburukkan imej kerajaan lepas dengan kesilapan sedia ada."
Namun, kali ini, Syed Saddiq telah menunjukkan yang dia bukanlah budak yang boleh dibuli. Respon ringkas Syed Saddiq di akhir kenyataannya kepada Asyraf pasti membuatkan para pemuda pembangkang terkedu. Maklumlah, makan harta anak yatim ini bukan dosa kecil.
Al-Yatim (anak yatim) disebut sebanyak 23 kali di dalam Al-Quran, begitu juga hadith-hadith lain yang menceritakan tentang kelebihan berbuat baik kepada anak yatim.
Dalam penganjuran berbuat baik kepada anak yatim ini, terdapat juga ancaman yang berat bagi penganiaya anak yatim, termasuk hukuman mengambil harta anak yatim secara batil, atau korup.
Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka).
(Al-Nisaa’: 10)
Diolah dari sumber asal: BAYAN LINNAS SIRI 72: ANAK YATIM: IHSANILAH DAN BERTAQWALAH
Moga kita terselamat daripada dosa-dosa ini.