Saturday, 31 December 2011

moral anwar bukan isu untuk bukan Melayu

Memetik kenyataan RPK bahawa Anwar bukan pilihan rakyat.

Walau pun Anwar dikatakan mempunyai masaalah moral tetapi kaum bukan Melayu terutamanya kaum Cina tetap berdiri teguh dibelakang dia. Begitu jugak dengan gulungan terpelajar dari kaum India juga tetap menyokong Anwar. Mereka menyokong Anwar bukan kerana mereka suka dengan moral dia tetapi kerana mereka lebih tidak suka kepada BN yang diterajui UMNO. UMNO berjaya digambarkan oleh DAP sebagai parti yang sentiasa mendominasikan segala keputusan dan dasar-dasar kerajaan BN yang mereka anggap memihak kepada kaum Melayu dan agama Islam.

Kaum Cina dan kaum India sebenarnya tidak kisah sangat dengan masaalah moral Anwar ini bukan kerana mereka suka sangat kepada orang yang tidak bermoral tetapi mereka lebih bersikap terbuka dalam membezakan soal peribadi yang membabitkan moral sesaorang dengan soal yang melibatkan kepentingan negara terutama yang berkaitan dengan kepentingan kaum mereka sendiri. Jadi mereka nampak memilih Anwar itu lebih selamat daripada memilih Najib yang nampaknya terpaksa tunduk dengan khendak UMNO dalam membuat keputusan kerajaan.

Bagi mereka masaalah moral Anwar itu sikit pun tidak menjejaskan kepentingan kaum mereka kerana itu hanya melibatkan masaalah peribadi Anwar saja. Lagi pun siapa yang tidak mempunyai masalah peribadi dan bersih daripada melakukan segala dosa dan dosa itu pula Tuhan yang patut hukum bukannya sesama manusia?? Namun masaalah Najib yang dilihat terpaksa akur dengan khendak kaum Melayu/UMNO itu sudah tentu tidak mendatangkan keuntungan atau faedah besar kepada kaum mereka. Sebab itu mereka lebih suka menyokong Anwar daripada menyokong Najib walau pun berbagai usaha telah dilakukan bagi menarik sokongan kaum mereka supaya kembali menyokong BN. Lagi pun kaum bukan Melayu, malah ramai kaum Melayu sendiri lebih prihatin atau beri lebih tumpuan kepada kes-kes rasuah yang melibatkan pemimpin-pemimpin kerajaan daripada teruja dengan kes liwat Anwar itu.

Tentang kegagalan Anwar menjadi penasihat ekonomi kepada negeri Selangor juga bukanlah satu yang mengejutkan. Anwar sendiri tidak mempunyai kelayakan akademik dalam bidang ekonomi, jadi apa yang dia tahu tentang ekonomi melainkan merujuk kepada pakar-pakar ekonomi dari dalam negara mau pun luar negara.

Ketika dia menjadi Menteri Kewangan dulu pun dia sering merujuk kepada pakar-pakar ekonomi Yahudi dari Amerika yang juga merupakan sahabat baik dia. Kebetulan juga pakar-pakar ekonomi Yahudi ini terdiri daripada mereka yang menguasai Bank Dunia seperti Paul Wolfowitz, president Bank Dunia yang merupakan sahabat karib Anwar ketika dia menjadi Menteri Kewangan dulu. Oleh itu kegagalan Anwar menjadi penasihat ekonomi Selangor itu cuma dianggap kegagalan sementara saja. Anwar pasti akan mencari pakar-pakar Yahudi ini semula apabila dia berjaya menakluki Malaysia. Walau pun ada sedikit kebimbangan dikalangan Yahudi-yahudi ini kerana Anwar dulu pernah mempersoalkan APCO sebuah syarikat Yahudi yang dikaitkan dengan Najib, namun Anwar sudah pun memohon maaf secara peribadi kerana ketelanjuran dia mengaitkan Yahudi dengan pentadbiran Najib dulu.

Jadi sokongan rakyat terhadap Anwar tidak boleh dipandang ringan terutamanya kaum bukan Melayu kerana pertimbangan mereka hari ini sudah pastinya berbeza dengan pertimbangan orang Melayu dalam memilih kerajaan yang patut menerajui Malaysia sekarang. Jadi gulungan rakyat yang mana yang RPK maksudkan yang menolak Anwar itu???


Published with Blogger-droid v2.0.1

Wednesday, 2 November 2011

Martabatkan Bahasa: Sejauh mana keikhlasan kerajaan dan Perkasa?

-disunting  dari tulisan Sdr Nordin di Topik : Perkasa Ulangi Sokongan Mansuh PPSMI
http://kelabchedet.com/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=4533&start=15&postdays=0&postorder=asc&highlight=




Baru-baru ini Perkasa mengulangi pendiriannya menyokong pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa inggeris (PPSMI) yang telah diperkenalkan mantan Perdana Menteri, YAB Tun Dr. Mahathir sebelum beliau melepaskan jawatannya pada tahun 2003.


Ia disampaikan melalui Presidennya, Datuk Ibrahim Ali melalui Ucapan Dasar Presiden semasa Mesyuarat Agung Tahunan pertubuhan itu 28 Oktober lalu. Berikut adalah transkrip ucapan beliau yang dipetik dari laman sesawang rasmi Perkasa.






SELAIN ITU, PERKASA JUGA MENGINGATKAN PEMERINTAH BAHAWA TUNTUTAN PIHAK TERTENTU AGAR KELULUSAN SIJIL UEC BOLEH DITERIMA SEBAGAI KELULUSAN UNTUK MEMASUKI IPTA DI MALAYSIA HENDAKLAH DITOLAK DAN TIDAK PERLU DILAYANI. INI KERANA IANYA BERTENTANGAN DENGAN DASAR PENDIDIKAN NEGARA. 

SEHUBUNGAN DENGAN INI, PERKASA JUGA MENGULANGI PENDIRIANNYA MENYOKONG PEMANSUHAN PPSMI SUPAYA MATA PELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK TERUS DIAJAR KEPADA PELAJAR HANYA DALAM BAHASA MELAYU. 

NAMUN DEMIKIAN, OLEH KERANA PERKASA TIDAK MENAFIKAN PENTINGNYA RAKYAT MALAYSIA MENGUASAI BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA ANTARABANGSA, PEMERINTAH PERLULAH MENINGKATKAN PENGUASAAN BAHASA INI MENERUSI KAEDAH LAIN, TERMASUK MEMANJANGKAN WAKTU PEMBELAJARAN UNTUK MATA PELAJARAN INI. 

- Ibrahim Ali






Adakah Ibrahim Ali benar-benar faham tentang dasar ini ataupun hanya membaca satu transkrip yang disediakan pegawainya sahaja?Sejauh mana keikhlasan Perkasa dalam memartabatkan bahasa Melayu sebenarnya?


 Sains dan matematik bukanlah mata pelajaran yang memerlukan kemahiran bahasa. Kedua-dua mata pelajaran ini memerlukan pengetahuan teknikal dan istilah saintifik yang lazimnya dipinjamkan dari bahasa Inggeris. 

Dipetik dari sumber http://chewal.blogspot.com/2009/03/ppsmi-faq-frequently-asked-question.html


PPSMI-
Matlamat dan objektif utama : Supaya pelajar-pelajar dapat menguasai subjek sains dan matematik dalam ertikata yang sebenar.

Matlamat secara tidak langsung : Dapat meningkatkan penggunaan bahasa inggeris dalam bidang teknikal



PPSMI bukanlah mengenai penguasaan Bahasa Inggeris tetapi mengenai penguasaan sains dan matematik.


Berdasarkan kenyataan di atas maka jelaslah ucapan dasar Presiden Perkasa yang menyokong pemansuhan PPSMI adalah tidak bertepatan dengan matlamat dasar itu sendiri. Pendek kata, Perkasa tidak faham pun apa itu PPSMI sebelum mereka mengambil pendirian dalam membantah dasar tersebut. 


Apa yang ditekankan Perkasa di dalam intipati ucapan tersebut ialah, kesungguhan Perkasa dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. 


Jika benar Perkasa mahu memertabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Negara, Perkasa harus berani menegur kerajaan supaya menggunakan hanya bahasa Melayu saja sebagai bahasa pengatar disemua sekolah-sekolah di Malaysia. Hanya sekolah yang menggunakan bahasa pengantar Melayu saja yang layak mendapat bantuan rasmi kewangan daripada kerajaan. 

Hari ini pentadbiran Najib nampaknya berlumba-lumba mahu menyalurkan bantuan rasmi kewangan kerajaan kepada sekolah-sekolah vernikular ini. Perkara ini tidak pernah berlaku di zaman perdana menteri sebelumnya. Semua sekolah vernikular ini dianggap tidak layak menerima bantuan kewangan rasmi kerajaan dan mereka ini wujud atas kehendak dan sokongan komuniti mereka sendiri saja. 

Hari ini komuniti-komuniti ini pandai pula mendesak kerajaan supaya mengadakan peruntukan kewangan rasmi kepada sekolah-sekolah mereka. Jika tidak kaum mereka tidak mahu mengundi parti-parti kerajaan. 

Walau pun kerajaan sudah bermurah hati memberi bantuan rasmi yang tidak sepatutnya kepada sekolah komuniti mereka, namun komuniti mereka tetap mengundi parti-parti pembangkang walau pun parti-parti pembangkang ini tidak pernah memberi apa-apa kepada komuniti mereka. 

Jadi tidak guna Perkasa memaksa kerajaan memansuhkan PPSMI sedangkan anak-anak Melayu ini harus didedahkan dengan penguasaan sains dan matematik dalam bahasa Inggeris sejak dari kecil lagi sebagai persediaan kepada mereka untuk lebih maju lagi di masa hadapan. 

Kalau Perkasa kemaruk sangat mahu tunjuk HERO, minta kerajaan hapuskan sekolah-sekolah vernikular yang berbagai ragam itu dengan menggantikan sekolah aliran satu bahasa iaitu bahasa Melayu bersempena dengan semangat 1Malaysia. Lain yang patut dijolok lain pulak yang Perkasa jolok.



Tindakan Perkasa ini bukan saja dipersoalkan sama ada ianya salah atau tidak atau dari persepektif tertentu tetapi ianya perlu dinilai bagaimana tindakan perkasa itu boleh mendatangkan keuntungan kepada orang Melayu secara keseluruhannya. 

Ada pihak membidas bahawa tidak semua pelajar memilih menjadi saintist sehingga mereka perlu dipaksa belajar sanis dan matemik dalam bahasa Inggeris, begitu juga tidak semua pelajar ini mahu menjadi ahli bahasa walau pun semua mata pelajaran yang ada diajar didalam bahasa Melayu. 

Jadi di sini kita perlu memilih sama ada kemahiran bahasa dalam semua mata pelajaran itu yang penting atau penguasaan ilmu yang tidak memerlukan kemahiran bahasa itu yang lebih penting untuk mempertabatkan bangsa kita dalam ilmu-ilmu tersebut?? 

Mempertabatkan kedudukan bahasa Melayu itu sememangnya masih sebahagian dan selari dengan konsep dan falsafah perjuangan Perkasa, namun jika sekadar mempertahankan bahasa Melayu dalam mata pelajaran sains dan matematik itu saja tentulah tidak cukup apa lagi untuk melihat negara ini diurus secara berdaulat yang mampu mengutamakan kepentingan nasional. 

Hari ini ada pihak tidak segan silu mempersoalkan hak-hak orang Melayu secara terbuka tetapi mereka dengan lantang pula mempertahankan hak-hak kaum mereka walau pun hak kaum mereka itu jarang-jarang disentuh oleh orang Melayu. 

Kita akui hari ni kerajaan masih takut mengubal dasar satu bahasa untuk semua sekolah disebabkan desakan politik dari MCA dan MIC tetapi dalam masa yang sama MCA dan MIC tidak pula akut menasihati kerajaan supaya menarik balik hak-hak orang Melayu jika kerajaan mahu sokongan dari kaum mereka. 

Sebagai pertubuhan yang mewakili suara orang Melayu, Perkasa bukan perlu menjaga segelitir hati pejuang-pejuang bahasa Melayu saja tetapi perlu juga bercakap bagi pihak orang Melayu secara keseluruhannya supaya orang Melayu tidak kehilangan kuasa untuk mengubal dasar Negaranya sendiri. 

Hari ni kita tahu kerajaan masih takut untuk wujudkan dasar satu bahasa pengatar semata-mata kerana bimbang hak kaum pendatang untuk menolak proses assimilasi nasional temasuk dalam sistem pendidikan sekarang itu dinodai. 

Perkasa seharusnya patut bantu kerajaan menerangkan kepada semua pihak bahawa beridentitikan bahasa dan budaya Melayu itu bukannya bermakna mengenepikan hak kaum masing-masing tetapi adalah ia merupakan proses pembetukan identiti negara mengikut kedudukan entinik geografikal yang sebenarnya. 

Hari ini bangsa Europah yang menjadi pemerintah di New Zealand sudah mula menggalakkaan bangsa mereka menguasai bahasa Moari kerana budaya dan bahasa Moari kini sudah mula diikitiraf dan dijadikan identiti kepada negara New Zealand. 

Jadi kenapakah kita di Malaysia masih terdapat kaum-kaum yang malu mengaitkan identitikan mereka dengan bahasa dan budaya Melayu tetapi dalam masa yang sama tidak mahu pula dilayan sebagai bangsa pendatang??



Soalnya, beranikah Perkasa?
Keduanya, beranikah kerajaan?


Wallahua'lam



Thursday, 20 October 2011

Boleh ke Nik Ajis Tulis Autobiografi? Apa Pulak tajuk Nya?

Oleh The Chulan
Dipetik dari forum: http://kelabchedet.com/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=4526#64707


Tun M tulis Autobiografi Doctor in the House.
This is story of Malaysia , this is also my story kata nya.

Kalau Nik ajis kena tulis buku bila dia pencen nanti ( mau ke dia pencen?) apa gak nya tajuk dan kandungan?

Nak cerita jasa mmg semua tau tak ada.

Sepanjang hayat Nik ajis kerja nya lawan UMNO saje.

Setebal tebal quran nik ajis cuma jumpa ayat hudud saje ayat perintah allah yg lain (macro) dia tak berapa minat .dia hanya minat yang (micro saje0 ibadah Individu)

Itu sbb dia benci sesama islam mcm UMNO sbb tak jumpa ayat yang orang Islam tu bersaudara.
Di satu ketika org PAS kata UMNo tak Islam, di waktu lain org PAS suruh UMNO laksnaa hudud ( dah kata kapir suruh kapir laksana hudud pulak)
Pelik tapi benar.

beberapa hari lepas Org pas duk banga siar gambar nik ajis ambil wuduk di tebing sungai,.org umno ketawa kan dan perli ia nya sbb dia sendiri tak mau buat paip air yg elok.
malah ada pergi jauh lagi dgn kata "macam dia sorang saje tau ambik air wuduk di kelantan tu" - back fire .

Begitu lama nik ajis jadi pemerintah lebih lama dari Tun M dan hampir lama dgn non umno ia itu Taib Mahmud tak kan tak boleh senarai kan kisah hasil kerja nya


Ketika Sheikh Muhyiddin Abd Qadir tidak dapat berbahasa arab (kerana dia berbahasa Parsi) untuk menyebar kan agama lalu dia bermimpi Rasullulah meludah sebanyak 11 kali ke dalam mulut nya, kemudian dia bermimpi Saidina Ali meludah 9 kali ke dalam mulut nya , lalu dia bertanya kenapa kpd Saidina Ali "KenapaTuan tidak meludah 11 kali? lalu Saidina Ali menjawap Saya tidak akan mendahului dan melebihi Rasullulah"

Tu sebab Tun M bersara sebelum 23 tahun.

Nik ajis solat selalu jadi Imam tapi tak ambik roh solat , ketika nak solat Imam seru rapat kan saf dan lurus kan saf.
sebab nik ajis penyebab pecah nya saf sesama umat Islam di negara ini..

Saya baru abis bace buku Tun, scattered dan sambung sambung sebab sebuk. lepas bace saya terpikir kalau Nik ajis pencen ( walau pun rase nya dia akan mati berdiri sebagai MB) tapi mahu tahu jugak jika dia tulis buku jadi Mb makan gaji free 20 tahun lebih , apa kah contents buku nya?

Dlm buku Tun dia bercerita macam mana dia buat political manoeuvre dan escapsism politik nya.

Selain bercerita ttg detail tindakan nya terhadap satu satu isu dan kepelbagaian hasil kerja nya bersama lojik lojik sampingan kenapa sesuatu projek harus di terus kan dan sebagai nya , apa pulak lojik nik ajis bakal tulis dlm buku nya?

Apa jasa dan hasil kerja Nik ajis nak tulis dlm buku nya. Sape boleh komen dan kasi tahu , apa gak nya Tajuk Buku Nik Ajis dan apa contents nya?

Sunday, 16 October 2011

Hudud di Kelantan - Sandiwara terbaru PAS


Oleh Sdr Nordin :
Dipetik: http://kelabchedet.com/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=4522#64579


Selepas termalu muka kerana menyokong DAP dan PKR yang mahu mengwujudkan “Negara Kebajikan” seperti yang digariskan dalam “Buku Jingga” ciptaan Pakatan Rakyat itu, PAS nampaknya terpaksa memainkan semula sandiwara lama mereka iaitu mahu melaksanakan Hukum Hudud di Negeri Kelantan pula.

PAS sedar mereka telah mengaibkan diri mereka sendiri apabila mereka berubah sikap iaitu daripada mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah “Negara Islam ” berlandaskan Al Quran kepada menjadikan Malaysia sebuah “Negara Kebajikan” berlandaskan “Buku Jingga” pula. PAS selama ni sanggup menuduh UMNO sebagai kafir kerana UMNO dikatakan tidak memperjuangkan “Negara Islam” seperti mana mereka.

Namun perubahan sikap PAS daripada menguar-uarkan perjuangan “PAS untuk Islam” kepada “PAS For All” atau “PAS Untuk Semua” nampaknya telah mengikiskan sokongan orang Melayu terhadap PAS itu sendiri. Sikap PAS ini umpama “mendengar guruh di langgit air di tempayan pula yang dicurahkan”, mendengar sokongan kaum Cina DAP semakin bertambah, sokongan Melayu pula yang PAS abaikan.



Jadi untuk meyakinkan orang Melayu supaya kembali menyokong PAS, PAS terpaksa memainkan sandiwara lama mereka kononnya PAS mahu mengwujudkan Hudud di Kelantan sekarang iaitu selari dengan perjuangan PAS selama ini. Apakah motif PAS yang sebenarnya, bukankah Kelantan sudah pun mempunyai enekmen yang merakumi hukum hudud tetapi kenapa PAS tidak melaksanakan hukum tersebut walau mereka menguasai negeri tersebut sejak 20 tahun lalu???

Alasan PAS tidak mahu melaksanakan Hukum Hudud di Kelantan ialah kerana adanya halangan dari UMNO yang menguasai Kerajaan Pusat. Jadi PAS mahu rakyat menolak UMNO daripada menguasai Kerajaan Pusat supaya mereka dapat melaksanakan Hukum Hudud di mana-mana saja yang mereka suka.

PAS ingat rakyat terlalu bodoh mempercayai dakwaan mereka selama ini?? Rakyat semankin faham, yang menghalang PAS daripada melaksanakan Hukum Hudud sebenarnya bukannya UMNO tetapi adalah Perlembagaan Persekutuan itu sendiri. UMNO sendiri pun tidak dapat melaksanakan Hukum Hudud walau pun menguasai 2/3 Dewan Rakyat kerana 1/3 daripada sokongan 2/3 itu terdiri daripada mereka yang menentang Hukum Hudud. Bagaimana UMNO dapat melaksanakan Hukum Hudud sedangkan regu UMNO sendiri tidak menyokong UMNO melaksanakan Hukum Hudud??

Begitu juga dengan PAS, kekuatan PAS sekarang jauh lebih lemah berbanding UMNO malah kekuatan PAS hanya bergantung kepada sokongan dari kaum Cina dari parti DAP yang ternyata tidak mahu menerima Hukum Hudud dalam perjuangan Pakatan Pembangkang sekarang. Jadi bagaimana mungkin PAS dapat melaksanakan Hukum Hudud sedangkan kedudukan PAS sendiri lebih kecil berbanding kedudukan DAP dan PKR jika kedua-dua mereka digandingkan??

PAS tahu semua ini tidak mungkin akan terjadi tetapi PAS masih mahu memainkan sandiwara lama mereka hanya bertujuan untuk mengembalikan sokongan orang Melayu kepada mereka yang nampaknya semankin terhakis itu. Tujuan PAS itu hanya menggambarkan yang kononnya PAS masih memperjuangkan Islam, sebab itu PAS mahu mangadakan Hukum Hudud di Kelantan sekarang.

Mungkin mereka yang berfikran cetik saja yang masih mempercayai sandiwara PAS ini tetapi mereka yang berfikiran waras sudah tentu dapat membaca tipu helah PAS sekarang. PAS memang boleh menipu rakyat khususnya orang Melayu untuk sekali sekala tetapi bukan untuk selama-lamanya. Orang Melayu sekarang sudah semankin cerdik untuk membaca tipu muslihat PAS yang menggunakan isu-isu agama untuk memancing undi orang Melayu

Thursday, 13 October 2011

PPSMI: Referendum atau kertas undi?

Isu PPSMI tidak menemui penghujungnya walaupun kerajaan telah memutuskan ianya bakal dimansuhkan pada tahun hadapan. PAGE dan JMM memohon supaya kerajaan mengkaji pemansuhan ini atau setidak2nya beri kebenaran kepada Sekolah-sekolah yang mahu melaksanakan PPSMI. Mereka juga menuntut supaya diadakan referendum dikalangan Rakyat Malaysia atau setidak2nya di kalangan Ibu Bapa sahaja. Malangnya PIBG di Sekolah2 diberi amaran melalui Pengetua dan Guru Besar. 


Mengapa terlalu takut untuk mengadakan referendum? Jika tidak dengan pungutan suara rakyat, cara bagaimana yang kerajaan akan iktiraf? Demostrasi jalanan? Demokrasi di Malaysia masih di tahap Perdana Menteri Dolah Badawi. "Kalau anak jantan, jangan tunjuk hero di jalanan, tapi masuk gelanggang PRU. Kita berhadapan di dalam kertas undi."- Paklah dalam PAU 2007. Kemudian tertonggeng. Harap tidak terjadi dalam isu PPSMI hanya kerana kerajaan yang gemar mempolitikkan pendidikan anak Malaysia.


Kepada penakut bahasa (bukan Pejuang Bahasa), janganlah terlampau takut dengan bayang-banyang sendiri. Berani kerana benar. Ramai di kalangan ibu bapa yang masih mahukan dasar ini diteruskan. Di Pasir Mas, Dato' Ibrahim Ali juga akui ramai ibu bapa di kampung yang mahu ianya diteruskan walaupun mereka akui kesukaran dalam proses pembelajaran. Namun, proses pembelajaran mana yang tidak sukar? PPSMI baru bertatih dan hasil kajian mendapati ada peningkatan dalam keputusan peperiksaan. Lebih penting lagi ia sangat significant kepada pembentukan masyarakat berilmu dan berteknologi pada masa hadapan. Seiring dengan  semangat wawasan 2020. Mengapa ambil langkah berundur ke belakang?


Menjelang Pilihan Raya Umum13 yang bakal diadakan dalam waktu terdekat, memang diakui langkah referendum ini bakal mendatangkan imej tidak baik kepada kerajaan. Kerana rakyat bakal diperlihatkan dengan ketidaktegasan kerajaan dalam peranan memperkenal dan mempertahankan dasarnya. Apatah lagi isu ini sudah reda kerana tiada siri demostrasi jalanan bagi membantah pemansuhan PPSMI sepanjang 3 tahun lalu. Maka kesimpulan mudahnya, semua rakyat telah bersetuju dengan langkah pemansuhan ini. Benarkah?


Harus diingat, ramai dikalangan ibu bapa yang masih menyokong dasar ini dan tidak berpuas hati dengan pendirian ikut suka kerajaan, bila kami nak mansuh siapa kami nak dengar yang menidakkan hak mereka. Sama ada ketidakpuasan hati itu bakal diterjemah pada kertas undi seperti zaman Abdullah Badawi, sama-sama kita nantikan. 


Referendum : kerajaan BN hanya kalah satu isu.
Kertas Undi PRU: tiada siapa tahu.

Monday, 12 September 2011

Ridhuan Tee bila hilang akal, mengeji dan menghina.

http://ridhuantee.blogspot.com/2011/09/sindrom-mahu-jadi-pakar.html

Link di atas adalah dirujuk.

Dr Ridhuan Tee membidas Parents Action for Group Education-PAGE kerana berlagak mahu jadi pakar bahasa.Kononnya org2 linguistik dah buat kajian melalui pakar. Dr Ridhuan menyoal dengan angkuh siapa PAGE mahu pertikaikan pakar2 ini yg banyak mendewa-dewakan teori dalam buku?

Beliau lupa,zaman ekonomi jatuh 1998
 Dr. Mahathir tidak pun menggunakan teori buku untuk menyelesaikan masalah tersebut tetapi dengan pendekatan praktikal sesuai keadaan semasa. Hasilnya Malaysia pulih dengan cepat - walaupun kemudiannya habis harta Negara dikerjakan Khairy dan Paklah.

1998, Jika Dr Mahathir guna teori buku hasil tulisan bijak pandai dan pakar2 ekonomi banggakan maka Malaysia mungkin tidak mampu pulih ekonominya.

Maka dalam perihal PPSMI, apakah sukar untuk penentang PPSMI ini melihat praktikaliti dan visi yang cuba disampaikan Dr Mahathir? Dan apakah kajian Dr Mahathir di lamanwebnya tidak wajar diambilkira?

Dengan nada emosi juga,Ridhuan Mengherdik Datin Noor Azimah.-Pengerusi PAGE kerana menumpang gelaran Datuk yang ada pada suami.Apa sudah jadi? Inikah Ridhuan Tee yang setiap hujahnya digenangi peluru fakta dan bukan menghentam,apatah lagi mengeji dan menghina?

Mana hujah ilmiah orang2 cerdik zaman sekarang?sekurang2nya PAGE terbukti rasional apabila berjuang menyampaikan hasrat melalui meja bulat dan bukan terpekik di jalanan,membuktikan mereka mempunyai pertimbangan yg waras dan tidak pernah menghalalkan cara utk mencapai matlamat.

Sudah tiga tahun, mereka naik turun mahkamah dan merayu kepada pihak istana juga. Apakah mereka pernah mengambil jalan mudah untuk turun ke jalanan? Tidak! Apakah anda rasa tidak ramai yang mampu turun ke jalanan jika PAGE menpelawa rakyat Malaysia yang mahukan PPSMI?

Tetapi Ridhuan Tee, lebih gemar menjadikan pendemo jalanan spt ambiga samad said sebagai pakar rujuknya.
Ridhuan Tee yg hilang rasional dan pertimbangan akal. Banyakkanlah istighfar kerana negara sudah kehilangan ramai orang poitik yang cerdik dan rasional. Janganlah golongan akademik pun menumpang jadi tolol kerana gagal mengawal nafsu bila bicara. Kerana pulut santan binasa.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, 27 August 2011

Dakwat Kekal, Pengundi juga punya HAK untuk TIDAK DICONTENG!

Sekarang wujud perbalahan antara Pakatan Rakyat dan BN tentang kaedah pengenalan diri pengundi, masing-masing menyatakan kaedah mereka lebih tulus dan mintak SPR tunduk dengan desakan mereka. Tetapi mereka lupa pengundi jugak ada HAK untuk menyatakan pendirian kerana pengundian pilihanraya memerlukan kerjasama pengundi itu sendiri.

Sebagai pengundi aku tidak setuju dengan tindakan SPR menconteng dakwat pada mana-mana anggota tubuh aku sama ada dengan dakwat kekal atau tidak kekal, sama ada yang nampak atau tidak nampak kerana ia melibatkan anggota tubuh aku dan aku ada hak melarang mereka berbuat demikian kerana ia melibatkan tubuh aku.

Oleh kerana undi ini adalah HAK aku, aku boleh pilih sama ada tidak pergi mengundi sebagai tanda protes aku tentang penggunaan dakwat yang hendak dicontengkan ke jari aku ini atau mengundi pihak yang membantah penggunaan dakwat kekal itu. Misalnya jika pihak PAS lah yang memaksa SPR menggunakan dakwat kekal ke atas tubuh aku, aku akan protes menyokong pihak lawan PAS walau dulu aku pernah mengundi mereka. Ia sebagai tanda protes aku diatas sikap kurang ajar PAS yang mahu memaksa SPR menconteng dakwat ke tubuh aku tanpa mengambil kira pandangan aku sendiri.

Aku ada HAK untuk melarang sesiapa pun dari menconteng dakwat ke tubuh aku walau dengan apa tujuan sekali pun. Jangan pulak PAS saja ingat yang mereka ada hak nak paksa SPR tunduk dengan  mereka sedangkan pengundi jugak mempunyai hak untuk melarang SPR menconteng dakwat ke tubuh mereka, apa lagi dengan menggunakan dakwat kekal pulak walau pun setitik. 



Komen selanjutnya di 


http://kelabchedet.com/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=4431#63148

Friday, 26 August 2011

Selamat Hari (Pilihan) Raya DS Najib dan TS Muhyiddin

Assalamualaikum. Selamat hari raya aidilfitri kepada semua pembaca. Dan semoga Ramadan yang berlalu mengukir seribu hikmah buat kita. Dan semoga rahmat Allah sentiasa bersama kita di hari mendatang.

Bulan ini Syawal kita bakal dipertemukan dengan Bulan Kemerdekaan. Dan selang beberapa bulan lagi kita dikhabarkan bakal bertemu dengan bulan gantung parlimen pula.

DS Najib telah mengumumkan,bahawa beliau akan turun bertemu rakyat pada setiap hujung minggu sebagai salah satu persiapan jentera BN menghadapi Pilihanraya 13. Adakah ia petanda yang baik?

Janji DS Najib untuk bertemu dengan seluruh ketua umno cawangan setiap bulan belum pun tertunai. Bagaimana pula janji seminggu sekali ini mampu dilaksanakan?

Pertamanya, di Malaysia kita mempunyai parti pembangkang yang tidak membangkang untuk kepentingan negara tetapi sibuk menguruskan demonstrasi jalanan untuk menggulingkan kerajaan. Kemudian setiap agensi kerajaan seperti badan kehakiman, PDRM, SPRM, waima badan bebas seperti Suruhanjaya Pilihan Raya juga kerap diburuk2kan mereka. Apa sahaja perkara akan dipolitikkan. Tidak hairanlah jika Zahid Md Arip menggelarkan Anwar sebagai `binatang politik' kerana apa saja perkara akan dipolitikkan binatang ini.

Keduanya, di Malaysia juga kita mempunyai Penerangan Kerajaan yang suka demam dan bisu bila berhadapan dengan isu. Jentera politik kepada Perdana Menteri juga sibuk memunggah kekayaan dan bertelagah sesama sendiri. Itu belum dikira mereka yang menjadi gunting dalam lipatan dalam kem Perdana Menteri.

Kem PM ini yang mana komandernya adalah Ahmad Maslan sedang cuba memasarkan UMNO ala Pasar Malam di Pontian sedang Perdana Menteri sudah pun mengambil ketetapan untuk turun sendiri bertemu rakyat setiap minggu. Ini bermakna kertas kerja Ahmad Maslan boleh diklasifikasikan sebagai kertas tisu jamban. Tidak ada nilai.

Barisan penyokong setia kerajaan dan UMNO khususnya, melihat di dalam UMNO cuma dua orang sahaja yang bekerja. Presiden dan Timbalannya. Naib-naib Presidennya pula, seorang sibuk dengan amaran, seorang lagi sedang sibuk melagakan Najib dan Muhyiddin supaya abang lamanya Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri, yang dari luar semenanjung itu pula sibuk jaga artis botox.

Jadi apa yang tinggal di dalam UMNO adalah Presiden dan Timbalannya. Maka tak perlu kita hairan jika kita selalu berpeluang untuk terserempak dengan mereka berdua di pasar-pasar hujung minggu hanya untuk menyiapkan kerja2 tertangguh jentera mereka.

Semoga Raya kali ini tidak menjadi Raya terakhir buat mereka di takhta Putrajaya.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, 16 August 2011

Kerajaan pernah iktiraf demonstrasi jalanan

1) Pada tahun 7 Mac 2009, satu kumpulan yang menggelarkan diri mereka Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) telah berhimpun di jalan raya bagi menuntut kerajaan menghapuskan Proses Pelajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). 


2) Dasar PPSMI telah diperkenalkan pada tahun 2003 sebelum Perdana Menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad bersara dari pentadbiran kerajaan.

3) Pelbagai tekanan terutama dari pihak Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) diterima pada waktu itu yang mendakwa dasar tersebut mencabuli artikel 152 Pelembagaan Negara. Malah gerakan ini juga disokong kuat pihak pembangkang yang turut berhimpun pada petang 7 Mac tersebut. Sasterawan Negara, Datuk A.Samad Said tidak terlepas dari senarai mereka yang terlibat dalam menyampaikan ketidakpuasan hati walaupun sudah beberapa kali diberi peluang berunding dengan Menteri Pelajaran pada ketika itu, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.

4) Selepas pelbagai tekanan diterima, pihak kerajaan akhirnya akur dan membuat keputusan untuk memansuhkan PPSMI beberapa bulan selepas itu. Kerajaan menggantikan dasar tersebut dengan satu dasar lain iaitu Memperkasa Bahasa Melayu, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). Dasar ini telah diperkenalkan sebelum PPSMI dimansuhkan. Kerajaan bersetuju dengan pihak-pihak yang membantah PPSMI dan mendapati dasar tersebut tidak relevan bagi memajukan sistem pendidikan kebangsaan.

5) Dari satu sudut yang lain, beberapa kajian menunjukkan dasar PPSMI masih menerima banyak sokongan. Beberapa kajian sikap dan undian rawak di internet menunjukkan dasar tersebut masih popular dan diterima kebanyakan rakyat Malaysia. 



6) Malah terdapat beberapa pihak yang sanggup menubuhkan gerakan-gerakan baru bagi memberi saingan kepada kumpulan GMP. Salah satunya adalah kumpulan Parent Action Group for Education (PAGE) yang mempunyai ribuan pengikut. Malah sehingga kini PAGE masih meneruskan gerakannya yang mahukan dasar tersebut dikembalikan kepada asal. pagemalaysia.org

7) Walaubagaimanapun, kumpulan pro-PPSMI seperti PAGE ini lebih rasional dalam menyampaikan tuntutan mereka. Turun berarak di jalanan dan berdemonstrasi bukanlah cara yang dapat diterima kumpulan ini. Mereka lebih cenderung menggunakan saluran diplomasi melalui diskusi serta forum-forum akademik bagi menerangkan rasional pengekalan dasar tersebut selain cadangan-cadangan penambah-baikan.

8) Bagi mereka, budaya tersebut tidak membawa manfaat dan pada hemat mereka kerajaan juga tidak akan melayan tuntutan pendemonstrasi jalanan. Malangnya telahan mereka meleset. Kerajaan akhirnya disifatkan tunduk kepada kumpulan demonstrasi jalanan yang mereka sendiri sifatkan sebagai ‘bukan budaya kita’. Walaupun gagal dalam tuntutan mempertahankan PPSMI, PAGE masih terus berusaha melalui jalan lain termasuklah memohon semakan Mahkamah selain mengharapkan perkenan Istana untuk campur tangan.

9) Perbezaan perwatakan yang ketara ditunjukkan PAGE dan pihak yang membantah pemansuhan PPSMI. Mereka akur kepada undang-undang Negara yang digubal sendiri badan legislatif Negara ini malah terus memperjuangkan agenda mereka melalui saluran yang sama walaupun tidak dilayan pihak kerajaan. PAGE yakin mereka mempunyai ‘silent majority’ untuk menghukum kerajaan melalui peti undi kerana mempolitikkan pendidikan anak-anak mereka.

10) Bagi mereka, turun berdemo dan di jalanan hanya akan menjadikan diri mereka sama seperti pihak GMP dan ia bukanlah tindakan yang akan dihormati.

11) Ironinya, kerajaan sendiri telah memberikan isyarat bahawa demonstarasi jalanan mendapat pengiktirafan besar pihak mereka. Lantaran itu, rasionalisasi tindakan kerajaan membenarkan pemansuhan dasar PPSMI perlu diperjelaskan.

12) Kesimpulannya, kerajaan perlu menjelaskan kepada rakyat, apakah tindakan memansuhkan PPSMI pada ketika itu adalah kerana tunduk akan desakan pendemonstrasi jalanan sedangkan masih ramai rakyat Malaysia yang menyokong dasar tersebut dikekalkan. 



13) Rakyat mahukan kepastian sama ada cara demonstrasi jalanan mampu mengubah pendirian kerajaan berbanding cara perbincangan dan diplomasi. Jika benar, maka ia telah pun menjadi precedent (ikutan) yang tidak baik untuk sebuah Negara demokrasi. Selepas ini apa jua permasalahan akan disuarakan di atas jalan raya kerana terbukti, kerajaan peduli akan suara pendemonstrasi jalanan!

TEST

TEST

Demi Masa

1) Demi Masa,
2) Sesungguhnya SEMUA manusia itu di dalam kerugian,
3) KECUALI mereka yang berIMAN, dan beramal soleh
4) Dan berpesan2 pada kebaikan, dan berpesan2 pada kesabaran



Wallahua'lam.


Salam perkenalan di dunia bloggers